Sunday, 18 October 2015

LALAT
-------------
Tempatku bukan dikuntuman bunga..
Menghisap madu...
Menyerap debunga...
Walau aku sejenis serangga..
Gugusan buah tidak mengiurkan..
Cuma terkadang menghurung bauan...
Dudukku melata....
Asal berbau...
Pancainderaku laju...
Bukan saja aku..
Kaum bangsaku..
Berlagu bernyanyi..
Memecah sunyi...
Bangkai najis dan segala kotoran..
Itulah idaman jadi sasaran...
Pelik ku memikirkan..
Kaum bangsaku sering diperhinakan..
Dimusuhi..dibunuh sesuka hati..
Di perangkap..akhirnya mati bergelandagan...
NaMun...
Tak pernah ku menyesali...
Kenapa ku terlahir begini..
Sebaliknya ku mensyukuri..
Terciptanya aku..
Diatas aturan ilahi...
Sedang makhluk...
Yang bernama manusia...
Yang tercipta hebat punya akal dan perasaan..
Tak mensyukuri nikmat Tuhan...
MaLah...
Manusia itu lebih keji...
Perlakuan jelek demi mengisi tembolok sendiri..
Sangup khianati..
Mengadai maruah bangsa sendiri..
Dan mati...
Kerana hasad dengki...
Mereka lebih kotor dari ku lgi...
Yang mereka gelar sebagai..
LALAT...
Nukilan...ida/ha..
(Tq 4inspiration dear friend)

Yg membezakan manusia adalah iman dan takwa...jangan pernah menghina...




Related Posts:

  • Rasaku... Anda mungkin pernah  berhadapan dengan berbagai rasa dalam berhadapan dengan sesuatu situasi yg tak terduga... Cemas,bimbang,takot,marah,benci, geram dan berbagai2 rasa lagi.. Kekadang sampai kita hilang kawalan diri… Read More
  • Redha Redha -------------- APabila Kita Redha Kpd Sesuatu.. Yang mengecewakan Hati kita.. maka percayalah Allah akan mengantikan kekecewaan itu dgn sesuatu yang tidak dijangka... ..................... Thats the key words... Masi… Read More
  • Lelaki Lelaki specises yg sukar ditelah..diramal..dan agak sukar untuk difahami..walaupun dalam matapelajaran matematik kat sekolah dulu, aku memang bebal tapi..boleh la jugak dapat markah..tetapi bab2 tentang lelaki nie memang aku… Read More
  • Bangkit Bagaimana untuk bangkit kembali.. Dalam keadaan kita tak mampu..semangat hilang..hati kecewa..luka dilubuk yang paling dalam...rasa betul2 diuji dengan kesabaran..terasa hidup macam tak ada berguna..kosong..dan segala2nya ja… Read More
  • Perlukah cinta selepas perpisahan..replacement... Untuk lupakan yg lama.,cari penganti... Betul ke macam tu... Bila hidup sendirian..mula lah macam2 perasaan..mula2 tentu lah sakit..apatah lgi bila brcerai hidup..tengok dia bahagia..sapa tak sakit..walaupun kita dah rela da… Read More

0 comments:

Post a Comment

Twitter

Blog Archive

Hamedah Ahmad. Powered by Blogger.

Popular Posts