Monday 27 June 2016

Qiamullail Amalan Utama Ramadhan
.
Pada waktu siangnya umat Islam diwajibkan berpuasa, manakala malamnya disunatkan
‘Qiamullail’ iaitu ‘memakmur dan menghidupkan malam dengan ibadat’.
Qiamullail dituntut dan dijanjikan dengan pelbagai kelebihan.
Antaranya sabda Baginda SAW: “Sesiapa yang melakukan qiamullail
pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan
dosa-dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
.

Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa beribadat sesaat pada malam Qadar,
kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka
adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang
telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca
satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah
daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain.“

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

Menggandakan amalan sunat pada 10 hari terakhir Ramadhan
bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’
seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan Qiamullail.
Habiskan malam beramal ibadat di masjid (beriktikaf).
Solat Qiamulail sebanyak mungkin.
Solat Tarawih 20 rakaat, tanpa witir.
Bermula 12 malam, Solat Tahajud 8 rakaat dan Solat Witir 3 rakaat.

0 comments:

Post a Comment

Twitter

Blog Archive

Hamedah Ahmad. Powered by Blogger.

Popular Posts