Sunday 10 January 2016

Anda mungkin pernah  berhadapan dengan berbagai rasa
dalam berhadapan dengan sesuatu situasi yg tak terduga...
Cemas,bimbang,takot,marah,benci,
geram dan berbagai2 rasa lagi..
Kekadang sampai kita hilang kawalan diri.
lebih kurang cam nak histeria dan rasa macam nak fobia...
Tapi apa perasaan anda bila pasangan anda memberitahu yg dia
telah berjumpa dengan seorang yg sesuai dijadikan isteri..
sedangkan anda adalah isteri dia..bukan setahun malah more than 20 years..
abih siapa aku..girlfriend,pompuan simpanan..org gaji dia...macam pelik jer
bunyinya kan...
Agak2nya lah...

apa perasaan anda...

Saturday 9 January 2016

Untuk lupakan yg lama.,cari penganti...
Betul ke macam tu...
Bila hidup sendirian..mula lah macam2 perasaan..mula2 tentu lah sakit..apatah lgi bila brcerai hidup..tengok dia bahagia..sapa tak sakit..walaupun kita dah rela dan terima dia sebagai sahabat..kononnya..tapi hati memang tak boleh la tipu kan..kalau ikut hati memang bengang gila la..tapi yea la..kita kena redha dan percaya..takdir allah mengatasi segalanya..siapa lah kita..lagi pun...lebih baik sendiri dari terus disakiti...
Kalau orang lelaki..hidup sendiri.,majoriti orang simpati..asal jumpa..mesti tanya..bila nak kawin lgi..dah ada calon ke..tak kurang juga..ada yg perkenalkan sahabat handai or saudara mara tuk dijadikan calon..perseptif..always positive...
Lain pulak kalau orang perempuan..lebih2 lagi kalau agak dah berusia..majoritinya tak setuju kalau diorang nak kawen lgi..
Komen..tak payah lah..buat ape nak pening2 kepala..anak2 pun dah besar..buat sakit jiwa...semakkan kepala otak...lelaki nie sume sama jer...jangan kata orang lain..anak2 sendiri pun tak berapa nak setuju..eemm..perseptif..always negetive..
Tapi bagi aku..ajal maut jodoh pertemuan ditangan tuhan..kalau ikutkan hati..memang dah serik..apatah lagi sekarang nie rasa nikmat betul hidup sendiri..bebas,ceria otak pun tak sakit..tapi sebagai manusia..allah anugerahi dengan hati dan perasaan..bila rindu itu datang bertandang..sepi tanpa teman membicara hati..aahh betapa sayu dan sendu nya hati ini...
Sebagai wanita...aku perlukan perlindungan...perlindungan dari seorang lelaki bernama suami..bukan saja nak elak tangapan negative masyarakat tapi juga sebagai pelindung kepada diriku..terasa selamat bila ada sesorang disisi..tapi yang pasti aku masih punya rasa ingin dicintai dan menyintai...
Mengenali seseorang yang punyai cerita yg sama dengan cerita hidup kita...membuat kita mudah memahami situasi...kesakitan..keperitan..kehancuran..pengkhianatan dlm perhubungan dan diakhiri dengan perpisahan..membuatkan kita rasa bahawa kita sejiwa..dilukai kerana orang ketiga...bukan untuk mengambil kesempatan atas cerita yg sama tapi..tak salah rasanya untuk membalut luka..luka yang terlalu parah..hampir nak koma..jadi tak salahkan..bilamana perkongsian biasa bertukar jadi mesra dan akhirnya jatoh cinta...rasa cam takot je..tpi bila dalam hati ada taman..segala sakit itu..bertukar jadi rindu dan bahagia..tapi sentiasa kena waspada...sebab cinta yg hadir kali ini..bukan untuk berdua sahaja..tetapi  melibatkan banyak pihak..terutamanya hati anak2..tanggungjawab mesti selari dengan cinta..
Belajar dari pengalaman..cinta bukan sekadar pengorbanan dan amanah yg perlu dilaksanakan dengan kejujuran dan keiklasan tapi juga tanggungjawab yg besar untuk dipikul bersama..
Yang pasti..aku tak mampu membohongi hatiku ini..

Twitter

Blog Archive

Hamedah Ahmad. Powered by Blogger.

Popular Posts