Sunday 7 February 2016

Lelaki specises yg sukar ditelah..diramal..dan agak sukar untuk difahami..walaupun dalam matapelajaran matematik kat sekolah dulu, aku memang bebal tapi..boleh la jugak dapat markah..tetapi bab2 tentang lelaki nie memang aku dungu..tak faham langsung aku..cuma sedikit je yg aku tahu..lelaki nie..nafsu satu..akal beribu..banyaknya menipu...heee
Bukan apa..aku tak tahu apa sebenarnya yang diorang mahu..yang diorang cari dalam hidup..just nak enjoy je ke..or nak memikul tanggungjawab sebagai pemimpin ke atau sekadar nak syok sendiri je..tak faham aku..mak datok ego..usah citer laa..apa2 jer perasaan dia jer betul..perasaan perempuan no.2..no.3..ini yang aku nak citer bab hati..bab perasaan..
Perasan tak..perempuan selalu je mengalah dalam banyak pekara..termasoklah bab hati dan perasaan...sabor,redha..itu jer bekalan buat orang perempuan yang kita kena telan..lelaki pulak katanya dah memang macam tu..biasalah..
Macam tak adil jer kan...
Kebanyakan lelaki nie..tak berfikir panjang walaupun ada dua kepala(hehe)..tapi diorang selalu tuduh perempuan yang tak matang..
Just imagine..bertindak dulu berfikir kemudian..walaupun tak semua tapi sebahagianya gitulah...bila kita tegur kita ingatkan..tak boleh nak terima dengan alasan diorang lebih tahu..lebih pandai ego la tu kann..
Sebenarnya perempuan bukan tak matang tpi lebih kepada memandang kehadapan macam mentri perancangan lah..more detailed..lelaki suka cari masalah lepas tu..tension lah..stress la..nak menyendiri la..macam2 alasan..abih tu..kalau takot dilanda masalah jangan cari masalah..last2 menyusahkan orang..
Apa yg aku nak cakap nie..satu jer..kalau rasa2 diri tu tak boleh buat keputusan jangan sekali2 nak mengatal..fikir dulu sebelom nak buat apa..fikir dulu nak ucap cinta nak ucap sayang kat orang perempuan..kalau rasa belom bersedia nak nikah..tak mampu ke apa ker..jangan bagi harapan kat orang..sakit tau dak...masa nak memancing punya lah umpan nya..bila dah sangkut pancing..dibior je gitu..ada ker patut..
Perempuan lebih terbuka..susah nak jumpa lelaki yang bila ada masalah..nak bincang duduk semeja bersemuka..banyaknya..buat2 bodo let times answer..susah kan macam tu..kita orang perempuan nielah yang buat2 paham..walau pun tak paham sebenarnya..kekadang makan hati betul..time sayang..time cinta..tak menang tangan kita dibuatnya..jwb messenger..wasap..msj..phone lgi..tpi bila dalam.dilema..ada yang gangu gugat hati dia..mula la tunjuk tension kat kita...eemm..ntahlah..
Bohong kalau aku kata..aku tak perlukan lelaki dalam hidup..kerana aku teringin sangat nak hidup bahagia bersama seseorang yg bernama suami yg iklas jujur menyintai ku tpi..specises nie menakotkan..macam tak ada harapan jer..

0 comments:

Post a Comment

Twitter

Blog Archive

Hamedah Ahmad. Powered by Blogger.

Popular Posts